Terkini

Tutup kilang 2 hari untuk bagi staf buat persiapan raya, Khairul Aming ‘maintain’ bagi bonus berkepuk tahun ini

PEMPENGARUH media sosial dan pengusaha makanan Sambal Nyet, Khairul Aming menjadi perhatian netizen selepas berkongsi video meraikan para pekerjanya dengan membeli persiapan menyambut Aidilfitri.

Menerusi video yang dimuat naik di platform media sosial miliknya, seramai 100 orang pekerjanya diberi bonus duit raya dan juga berbuka puasa di sebuah hotel.

“Kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan keluarga, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa dekat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pula,” tulisnya.

Dalam pada itu, anak kelahiran Kelantan ini juga mengucapkan rasa syukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan para pekerjanya.

“Tahun ini kita nak mereka beli barang dapur siap-siap untuk keluarga mereka buat persiapan hari raya nanti.

“Ini benda yang paling mereka nantikan sebab kita nak bagi duit raya dekat semua pekerja. Masa ini semua gembira, muka pun dah tersenyum.

“Jadi kita kongsi rezeki dengan harapan duit raya ni boleh bantu mereka untuk buat persiapan raya bersama keluarga juga nanti,” katanya.

Sementara itu, ruangan komen video itu dipenuhi dengan kata-kata positif netizen yang sememangnya menyukai cara Khairul Aming menghargai para pekerjanya.

“100 orang X RM3,000 = RM300,000 bajet raya KA untuk staf, ini baru betul seorang bos yang jutawan,” kata buaya nakal.

“Ya Allah kau peliharalah perniagaan Khairul Aming ni dari hasad dengki..sesungguhnya dia dah laksanakan tanggungjawab dgn sebaik mungkin,” kata Sarahrichkitchen.

Khairul Aming juga merupakan antara pempengaruh yang popular kerana banyak memberikan inspirasi kepada golongan muda masa kini.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top