Terkini

‘Cincin risik sudah dipulangkan’- Sufian Suhaimi mengaku kisah cinta sudah berakhir

SPEKULASI hubungan cinta penyanyi Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan hubungan mereka sudah berakhir pada Mac lalu.

Menerusi laporan OhBulan! Penyanyi Ku Dimatamu itu, dia menganggap tiada jodoh untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita tersebut pada tahun ini.

Sufian, 32, berkata, keputusan itu dibuat bersama oleh kedua-dua belah pihak dan cincin risik juga sudah dipulangkan pada minggu kedua Ramadan lalu.

“Kami masih berkawan dan tiada isu antara satu sama lain. Cuma hubungan merisik itu sudah tiada dah. Cincin risik juga sudah dipulangkan. Tapi semua pihak menerima dengan hati yang terbuka dan tiada rasa dendam.

“Keputusan tersebut adalah keputusan bersama. Kami tiada bergaduh ke apa sebab kalau ikutkan nak nikah dari tahun lepas cuma ada perkara yang kami rasa perlu bincangkan sebab kami fikir perkahwinan bukan perkara boleh buat dengan tergesa-gesa,” katanya.

Sufian berkata demikian ketika ditemui pada majlis Iftar Raya 2024 Bersama Artis Rusa Music & MVM Production yang diadakan di Geno Hotel, Subang Jaya, pada Isnin.

Mengenai hubungan dengan Rania, kata Sufian, mereka juga masih berkawan dan dia juga mendoakan yang terbaik buat bekas kekasihnya itu.

Sementara itu, penyanyi lagu Ku Dimatamu itu menegaskan hubungan cintanya dengan wanita itu bukan hanya sekadar konten untuk dia kekal relevan dalam industri.

“Siapa yang cakap percintaan saya ini konten semata-mata tak baiklah. Sebab mana ada orang nak memperdagangkan cinta terutama saya yang tak suka berkongsi masalah peribadi,” jelasnya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang wanita dipercayai ibu Sufian menyarung cincin di jari manis seorang gadis, sekali gus mencetuskan spekulasi sama ada penyanyi terkenal itu sudah bertunang.

Sufian juga mengakui dia telah menghantar romobongan merisik kepada keluarga Rania pada Oktober lalu. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top