JABATAN Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyampaikan bantuan barangan keperluan asas dan wang tunai kepada 25 orang mualaf baru di dua buah masjid terpilih melalui program Ziarah Mahabbah Mualaf 2024.
Program dimulakan di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat, Kuala Lumpur dengan kehadiran 15 orang mualaf yang terpilih untuk menerima sumbangan sempena bulan Ramadan.
Teruskan MembacaTurut hadir di Masjid Al-Akram, Pengerusi Masjid Al Akram, Datuk Ahmad Hadiatullah Maknun dan Pendaftar Mualaf serta wakil pegawai dari JAWI dan masjid.
Seterusnya, bantuan disalurkan ke perumahan di Masjid Saidina Hamzah, Batu Muda, Kuala Lumpur dengan kehadiran 10 orang mualaf yang menerima bantuan tersebut.
Bantuan di kedua-dua buah masjid diserahkan oleh Pendaftar Mualaf Wilayah Persekutuan, Mohd Sahirman Ahmad mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI.
Program ini merupakan hasil jalinan kerjasama antara JAWI dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Hidayah Centre Foundation.
JAWI turut mengharap agar bantuan ini dapat mengeratkan hubungan JAWI bersama rakan NGO dan komuniti mualaf agar mereka dapat terus dibantu dan didekati pada masa akan datang. — KL Viral
Baca juga: