MENJUNJUNG kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas perkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Sumbangan Aidilfitri Komuniti Kuala Lumpur 2024 yang telah berlangsung di Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Isnin.
Dalam majlis tersebut, Raja Permaisuri Agong telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 500 orang golongan miskin tegar dan miskin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Teruskan MembacaSeterusnya, setiap penerima telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai, baucar barangan keperluan asas dan kuih raya.
Dalam pada itu, diharapkan bantuan yang telah diberikan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban serta memberikan kecerian kepada penerima dalam menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.
Hadir sama di majlis tersebut adalah Datuk Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Indera Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan dan Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Baca juga: