Terkini

Perasmian mural lorong belakang Jalan Hang Kasturi

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Unit Urbanisasi Bandar, Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) dengan kerjasama FSTEP by ASIAN BANKING SCHOOL, Nippon & IIUM telah mengadakan Program Pengindahan Bandar: Mural dan Naiktaraf Lorong Belakang Jalan Hang Kasturi yang berlangsung pada 18hb & 19hb November 2023 yang lalu.

Majlis Perasmian Mural pada hari ini dihadiri oleh YBrs Puan Dalilah Bee Binti Abdullah @ Ch’ng Gaik Bee, Pengarah JKB bertujuan untuk meraikan semua pihak yang telah terlibat dan memberikan kerjasama sepanjang program ini.

Usaha yang diambil untuk mengindahkan lorong belakang ini merupakan satu usaha yang baik bagi memberikan imej yang bersih serta keselesaan kepada warga kota.

DBKL sentiasa menyokong segala inisiatif yang dilakukan warga kota dalam menceriakan Bandaraya Kuala Lumpur terutama kesedaran pemilik-pemilik bangunan mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan mencantikkan bangunan milik mereka. Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan di masa yang akan datang.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top