BULAN Ramadan telah pun tiba. Tentu semua ingin menjalankan ibadah mulia itu dengan penuh bertenaga dan kekal positif lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja di ruangan pejabat dengan pendingin udara.
Mengantuk menjadi salah satu tentangan hebat untuk menyempurnakan tugasan dengan baik. Namun, tidak kurang juga individu yang melibatkan aktiviti fizikal yang akan membuatkan seseorang cepat berasa penat dan dahaga.
Teruskan MembacaNamun, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan sebagai pendekatan untuk kekal bertenaga sepanjang Ramadan.
Berikut KL VIRAL senaraikan lima langkah bagi kekal bertenaga sepanjang;
1. Jangan lupa bersahur
Ramai yang menggunakan alasan tiada selera makan dan sebagainya untuk tidak bangun sahur, tetapi, perkara tersebut salah. Amalan bersahur sangat penting dalam rutin berpuasa.
Bersahur dengan makan makanan tinggi protein dan amalkan diet seimbang yang boleh membekalkan tenaga sepanjang hari atau hanya dengan sebiji kurma dan segelas susu sudah cukup.
2. Dapatkan tidur yang cukup
Tidur yang cukup amat membantu anda untuk kekal bertenaga sepanjang bulan ramadan. Jika anda melengahkan masa tidur, ia boleh menyebabkan badan anda keletihan dan lesu pada keesokan harinya.
Jadi jadualkan waktu tidur anda supaya boleh bangun sahur dan kekal bertenaga sepanjang ramadan.
3. Makan secara sederhana dan sihat ketika berbuka
Kebiasaannya kita akan tergoda dengan makanan yang terjual di bazar ramadan, tetapi kalau boleh kawal nafsu makan dan beli apa yang betul-betul ingin dimakan.
Jangan terlampau tamak dan pengambilan makanan ketika di bulan ramadan mestilah lebih seimbang seperti roti, bijirin; buah-buahan; sayur-sayuran; kekacang; ayam; daging dan lain-lain lagi.
4. Masa yang bagus untuk perokok berhenti merokok
Antara masa yang sesuai untuk berhenti merokok adalah ketika bulan ramadan. Walaupun ianya tidak mudah tetapi jika anda konsisten, maka, ia boleh membantu secara perlahan-lahan untuk mengurangkan anda merokok.
5. Lakukan senaman ringan
Ketika berpuasa tidak semestinya anda hanya perlu duduk diam sahaja, anda juga boleh melakukan sedikit senaman ringan. AKtiviti ini juga dapat menghilangkan mengantuk sekali gus membantu untuk kekal fokus.
Semasa bersenam di bulan puasa, anda perlu melakukan senaman yang betul agar badan anda tidak terlalu penat. Lakukan senaman ringan untuk beberapa hari pertama berpuasa agar badan terbiasa dengan tenaga baharu.
Baca juga: