PETALING JAYA : Korea Selatan baru je lantik Presiden baharu, Lee Jae-myung, dan tak sampai beberapa jam, PMX Anwar Ibrahim terus “masuk line” rakam ucapan tahniah.
Dalam satu kenyataan rasmi tapi penuh semangat, Anwar anggap kemenangan Lee sebagai detik penting dalam sejarah demokrasi Korea Selatan.
Teruskan MembacaKatanya, keputusan rakyat Korea ni tunjuk mereka memang kental dan yakin nak bentuk masa depan yang lebih baik.
“Saya alu-alukan peluang bekerjasama dengan Presiden Lee. Banyak yang kita boleh buat sama-sama dari bab teknologi, keselamatan, ekonomi sampai ke hubungan rakyat dua negara,” katanya.
FYI, Malaysia dan Korea Selatan dah pun upgrade hubungan ke tahap Perkongsian Strategik sejak November 2024. Power kan?
Dan tahun ni pulak Malaysia pegang jawatan Pengerusi ASEAN & APEC, so timing memang ngam untuk kedua-dua negara pacu kerjasama serantau.
Anwar juga harap ASEAN kekal jadi fokus utama dalam dasar luar Korea. Beliau tak sabar nak jumpa Lee dalam dua event besar:Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur (Oktober) dan Mesyuarat APEC di Gyeongju, Korea Selatan.
Akhir kata, PMX doakan semoga Presiden Lee terus bijak, steady, dan berjaya pimpin negara K-pop ni ke arah lebih mantap.