SERAMAI 223,000 rakyat Indonesia di Malaysia akan membuang undi awal untuk Pilihan Raya Presiden Indonesia yang pertama kali dilakukan di WTC Kuala Lumpur pada Ahad.
Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono berkata sebelum ini proses undian awal hanya dilakukan di kedutaan dan sekolah Indonesia, menjadikan pertama kali undian ini dilakukan di WTC.
Teruskan Membaca“Saya menjangkakan hanya 20 peratus atau kira-kira 45,000 rakyat Indonesia di Malaysia yang akan menjalankan tanggungjawab itu.
“Bagi proses undi pos pula, seramai 156,397 rakyat sudah diberikan undi pos untuk dikirim ke pejabat pos buat pengundi yang berada di Perak, Kelantan, Terengganu dan Selangor,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Untuk info, pilihan raya kali ini menyaksikan tiga calon presiden yang bakal bersaing untuk kerusi presiden negara berkenaan.
Ia membabitkan bekas jeneral tentera, Prabowo Subianto, bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo dan bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan.
Penyandang Presiden kini, Joko Widodo tidak bertanding semula kerana tempoh perkhidmatan dan penggalnya telah berakhir. — KL Viral
Baca juga: