Terkini

Perpustakaan digital pertama di Malaysia –  Pustaka KL Digital Madani @ Bandar Sri Permaisuri

Tarikan baru di Parlimen Bandar Tun Razak, Pustaka KL Digital Madani @ Bandar Sri Permaisuri yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pada hari ini.

Perpustakaan digital dan DBKL merupakan PBT pertama di Malaysia ini menyediakan kemudahan seumpamanya. Selain bahan bacaan digital, ada sudut interaktif untuk kanak-kanak, virtual reality, PS5 serta kemudahan gajet iPad dan iMac.

Kerjasama dengan Perpustakaan Negara, membolehkan pustaka ini menyediakan 4,476 buku elektronik serta perkhidmatan Pangkalan Data U-Pustaka bagi tujuan membuat rujukan dan semakan. Selain itu turut tersedia aplikasi MyGuru iaitu sebuah aplikasi yang menyediakan nota-nota pembelajaran mengikut sukatan pelajaran terkini dan bank soalan peperiksaan.

Projek perpustakaan ini merupakan hasil sumbangan Tetuan MRCB di bawah tanggungjawab sosial korporatnya.

Majlis perasmian hari ini, turut dihadiri oleh YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, YBhg. Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri dan pegawai-pegawai kanan dari DBKL dan MRCB.

Jom ke Pustaka KL Digital Madani @ Bandar Sri Permaisuri dan teroka keunikan perpustakaan digital pertama di Malaysia!

Pelbagai

Scroll to Top