PINDAAN akan dibuat terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi tindakan lebih tegas diambil terhadap pemaju terlibat penipuan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata akta sedia ada hanya melindungi harta rumah kediaman, kedai komersial, pejabat, pusat beli-belah dan unit komersial yang tidak tertakluk kepada kawalan.
Teruskan MembacaMelalui pindaan itu kelak, sebarang kes penipuan atau atau projek terbengkalai boleh di dakwa ke mahkamah dan dikenakan hukuman penjara tiga tahun, denda RM250,000 hingga RM500,000 atau kedua-duanya.
“Kerajaan akan mengambil tindakan pencegahan yang lebih ketat dalam isu itu dan kementerian akan berusaha melindungi hak serta kepentingan pembeli rumah.
“Pembelian rumah mungkin memerlukan simpanan seumur hidup seseorang itu, pemaju haruslah lebih ikhlas untuk meningkatkan reputasi pasaran hartanah negara. Kita mempunyai ramai pemaju yang profesional dan bertaraf dunia, tetapi ada juga ‘kambing hitam’ dalam industri ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Kor Ming berkata kerajaan belajar dengan negara Australia, Dubai dan Singapura untuk memperluaskan skop akta itu dengan pembentukan sebuah kontrak yang lebih adil, munasabah dan telus.
“Sistem pentadbiran yang baik mesti mempunyai ganjaran dan hukuman yang jelas, kita akan menghukum mereka yang mencemarkan nama industri ini dan pada masa sama kita juga harus memberi pengiktirafan kepada mereka yang berprestasi cemerlang,” katanya.
Baca juga: