‘Tiktok Famous’ yang dikenali dengan nama Dma Islam dikecam atas kenyataan yang dikeluarkan beliau menerusi satu program podcast yang dianggap tidak munasabah dan menunjukkan tahap kecerdikannya.
Klip berdurasi 36 saat yang diambil dari aplikasi tiktok itu memaparkan Dma mengungkapkan Ijazah Sarjana Muda itu adalah kriteria untuk mendapatkan kerja sahaja.
Teruskan Membaca“Ilmu bocah apa, Ijazah Sarjana muda tu kita beli. Dia memerlukan kos, jadi kita beli.
“Kalau setakat nak dapat ilmu, tempat lain juga ada ilmu. Ijazah Sarjana Muda ni orang daftar dan buat bukan sebab ilmu tapi sebab kita hanya mahukan pekerjaan sahaja. Ijazah tu pun kita kena bayar.
“Jadi sebenarnya Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) yang terhutang budi dengan saya, bukan saya yang terhutang budi dengan mereka. Saya bagi mereka duit, mereka bagi saya ijazah. Itu kita panggil ibarat sistem jual beli.
“Saya beli donut, penjual bagi saya donut. Jadi penjual donut tu orang baik ke sebab bagi saya donut? tidak. Sebab saya membayar peruntukkan untuk membeli donut tersebut,” katanya dalam video terbabit.
Rata-rata warganet mengecam kenyataannya dengan mengungkapkan tahap kecerdikannya jelas terpampang dalam bual bicara itu.
“Semoga para pensyarah, para cikgu dan guru guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak muda dari kecil sehingga dewasa bertabahlah bila dengar pengakuan dia ni. Semoga budak ni tak diangkat jadi pemimpin PAS di masa hadapan. Rosak masa depan negara,” kata tjerealjoker.
“Kalau kita bersembang dengan dia ni. Mau bercantum kening. Asik berkerut je dengar dia cakap,” kata NoahMHN_Cleo.
“Kalau orang macam ni kan, dia borak kita angguk je. Jangan balas atau bagi sebarang pendapat kita. Nanti pengakhirannya dia je yang akan betul,” ujar rossieee__ .
Baca juga: