SERAMAI 72 bakal jemaah Haji Labuan bakal berangkat menunaikan rukun Islam kelima awal Jun depan menzahirkan rasa syukur kepada kerajaan menerusi Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) yang menyumbang wang tunai sebanyak RM500 seorang.
Menurut Abdul Kassim, dia bersyukur menerima bantuan tersebut dan menyifatkan ia sebagai rezekinya untuk menunaikan rukun Islam kelima.
Teruskan Membaca“Saya agak terkejut juga bila menerima makluman mengenai bantuan ini. Saya sendiri tidak menyangka namun bersyukur dengan sumbangan yang diberikan ini oleh kerajaan untuk membantu Jemaah Haji.
“Dengan bantuan kewangan ini dapatlah membantu saya membuat persediaan dan persiapan sebelum bertolak ke tanah suci nanti,” katanya.
Penjawat awam, Mohd Khairul, dia bersama isterinya gembira apabila menerima sumbangan tersebut.
“Alhamdulillah, sememangnya sumbangan ini amat bermakna kepada kami dan para jemaah di Wilayah Persekutuan khususnya di Labuan kerana membantu perbelanjaan kami di tanah suci.
“Bagi saya, sumbangan ini juga amat besar maknanya terutamanya kepada para bakal haji yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail berkata, JWP memperuntukkan sebanyak RM1.102 juta kepada bakal jemaah haji muassasah peringkat Wilayah Persekutuan termasuk sebanyak RM36,500 untuk Labuan.
“Sumbangan ini bertujuan untuk membantu para jemaah dalam merancang persiapan dan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan perbelanjaan untuk mengerjakan ibadah tersebut.
“Saya mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mendoakan agar semua urusan perjalanan dipermudahkan dan semoga semua bakal jemaah haji dikurniakan haji yang mabrur,” katanya semasa majlis penyampaian sumbangan kepada 73 jemaah haji di Labuan.
Menurut laporan Wilayahku, JWP akan terus komited dalam menyokong keperluan rakyat.
Baca juga: