JABATAN Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melakukan pemantauan kesihatan kepada peniaga bazar Ramadan di Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.
Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati kebanyakan peniaga bazar mempunyai suntikan typhoid, kebersihan takap bazar dijaga dengan baik dan tidak menggunakan polisterin untuk membungkus makanan.
Teruskan MembacaSebanyak 115 sampel makanan diambil untuk dihantar ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan JKAS DBKL untuk memantau kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual.
“Pemeriksaan ini termasuk mengesan kuman jenis salmonella tyhi, e-choli dan coliform yang menjadi pengukur indeks kebersihan makanan yang dijual.
“Hal ini berkaitan dengan kes keracunan makanan yang dilaporkan di bazar Ramadan sekitar Kuala Lumpur dimana 62 kes dicatat pada 2023 dan 43 kes pada 2022 menurut Jabatan kesihatan Wilayah Persekutuan, Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata DBKL dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu, peniaga turut dinasihatkan agar tidak menggunakan dawai kokot dalam pembungkusan makanan di samping mengurangkan penggunaan plastik dalam urusan jual beli.
Ini adalah untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang ingin mengurangkan sisa plastik yang sukar untuk terurai bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar. — KL Viral
Baca juga: