PROGRAM Jualan Agro Madani di Teh Hijau Kuala Lumpur Edisi Mac 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertempat di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 16 Mac depan bermula pukul 9 pagi bakal menjadi tarikan pengungjung.
Aktiviti Jualan Agro Madani itu antaranya jualan ayam mentah segar seberat 1.1 kilogram pada harga RM5 sahaja.
Teruskan MembacaBagaimanapun, jualan tersebut terhad kepada 400 pek sahaja dan pengunjung perlu hadir awal untuk membeli barangan segar tersebut sebelum kehabisan.
Selain Jualan Agro Madani, terdapat aktiviti Jualan Ikan Segar Rakyat yang menjual lima jenis ikan termasuk ikan selayang, tongkol putih, tongkol botol, cencaru dan kenyar dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga asal.
Selain penjualan murah barangan mentah, program Teh Hijau Kuala Lumpur turut membuat edaran bubur lambuk dan dodol bermula pukul 5 petang buat orang ramai di sana dan Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri.
Orang ramai yang ingin mengambil juadah tersebut diingatkan perlu membawa bekas makanan sendiri untuk mengurangkan penggunaan plastik.
Untuk menghormati bulan Ramadan, pihak DBKL juga menyediakan pusat pungutan zakat di kawasan tersebut, di samping aktiviti tadarus Al-Quran yang dijalankan pada pagi program berkenaan dan bermacam-macam lagi aktiviti yang menarik menanti pengunjung yang bakal hadir ke sana. — KL ViraL
Baca juga: