MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menyambut baik usaha Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terhadap pelaksanaan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).
Katanya, program tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan penduduk setempat, malah ia juga dapat meningkatkan kesedaran terhadap kebersihan kawasan kediaman atau persekitaran tempat tinggal.
Teruskan Membaca“Ia merupakan lanjutan dari Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat baru-baru ini.
“Perbincangan ini turut membawa kepada ruang kerjasama antara agensi yang perlu ditekankan, khususnya hal berkaitan soal kesihatan di Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya dalam kenyataan.
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, turut memberikan penerangan yang disampaikan oleh Pengarah Dr Nor’Aishah Abu Bakar di pejabat Zaliha pada Selasa dalam kunjungan hormat bersama delegasinya.
Zaliha turut menyatakan sokongan kerajaan mengenai agenda ini menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya bagi Jabatan Kesihatan untuk penguatkuasaan kesihatan teruatamanya berkaitan isu denggi dan kebersihan di dua lokasi yang difokuskan.
ANMS ialah salah satu inisiatif kerajaan yang memperkasakan pakej sihat sepanjang hayat bagi manfaat rakyat melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat. — KL Viral
Baca juga: