Terkini

Tahniah! 4 sekolah terima Anugerah Sekolah Mampan, bawa pulang hadiah sampai RM5,000

PENGARAH Pendidikan dan seluruh Warga Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan satu Majlis Anugerah Sekolah Mampan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC) pada Khamis.

Program Sekolah Mampan Kuala Lumpur merupakan program berasaskan pendekatan pendidikan yang membantu ke arah pembentukan masyarakat mampan Kuala Lumpur.

Hal itu bertujuan untuk menggalakkan amalan dan budaya kelestarian dalam kalangan warga sekolah di Kuala Lumpur selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) yang keempat iaitu Pendidikan Berkualiti.

Antara sekolah yang terlibat dalam Majlis tersebut adalah, Sekolah Kebangsaan (Sk) St. Mary, Sk Bukit Damansara, Sk Setapak dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendidikan khas setapak.

Dalam majlis itu, Sk St. Mary memperoleh RM4000 bagi anugerah penarafan 4 bintang, turut menerima anugerah Cikgu Asmah Norazeeah sebagai Ikon guru Sekolah Mampan Kuala Lumpur 2023 (Pendidikan Kemampanan) dan juga Khyra Aeesya sebagai ikon Sekolah Mampan.

Selain itu, Sk Bukit Damansara telah mendapat Anugerah Sekolah Mampan Tahun 2022 hingga 2023 sekali gus memperoleh wang berjumlah (RM5,000), Amalan Pengurusan Sisa Mampan (RM500) dan Penarafan 4 Bintang (RM4,000).

Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Setapak turut memperoleh Anugerah Amalan Urus Tadbir (RM500), Ikon Guru Sekolah Mampan KL (Inovasi Kemampanan) yang dianugerahkan kepada Cikgu Mohd Azman bin Saleh dan Penyertaan Ikon Sekolah Mampan diperoleh oleh Muhammad Aiman Hafeey bin Mohd Hasrul.

Tidak ketinggalan juga, Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak yang turut serta memperoleh Anugerah Khas juri (RM500) sekali gus mendapat anugerah penarafan 4 bintang (RM3,000).

KL Viral mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua sekolah yang telah menerima Anugerah Sekolah Mampan Kuala Lumpur 2022-2023. KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top