PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berusaha untuk membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sudah mencapai status 100 peratus.
Katanya, tindakan mengeluarkan golongan miskin tegar daripada garisan kemiskinan tidak hanya membabitkan kaum majoriti Melayu sebaliknya merangkumi etnik lain seperti India dan Cina.
Teruskan Membaca“Di Kuala Lumpur, walaupun majoritinya Melayu, tetapi nisbah (populasi kaum) India sangat tinggi dan setiap keluarga India di Kuala Lumpur kita bantu untuk lepaskan daripada garis kemiskinan tegar. Ini pendekatan kita tetapi kadang-kadang kita hadapi pemimpin masyarakat (yang) tanya lagi peruntukan orang India.
“Bagi saya, setiap orang (yang) miskin tegar tidak kira (kaum) Cina, Melayu (atau) India, kita selesaikan dan di Kuala Lumpur, Melaka serta Negeri Sembilan daripada angka yang kita peroleh, sudah 100 peratus tercapai,” katanya pada Khamis.
Usaha pembasmian kemiskinan tegar adalah antara agenda utama Kerajaan Perpaduan yang membabitkan usaha pelbagai kementerian dan agensi sekali gus memastikan kesejahteraan serta kemakmuran negara dapat dinikmati oleh semua pihak tanpa ada yang tercicir.
Baca juga: