Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar; Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal serta Pejabat Cawangan Lembah Pantai melaksanakan Tindakan Khas iaitu meroboh struktur papan iklan tanpa kelulusan di Jalan Riong off Jalan Bangsar, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, pegawai dan petugas DBKL telah menurunkan sebuah struktur papan tanda iklan (billboard) berukuran 6 meter x 3 meter menggunakan peralatan dan jentera operasi, yang dibina tanpa kebenaran serta lesen daripada pihak berkuasa tempatan.
Teruskan MembacaSementara itu, struktur iklan yang diturunkan dihantar ke Setor Simpanan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal DBKL, Jalan Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan proses pelupusan.
Tindakan penguatkuasaan menurunkan papan tanda iklan berkenaan dilakukan mengikut kesalahan dibawah Seksyen 46, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.
Diafahamkan, operasi tindakan bersama ini, akan diteruskan dari masa ke semasa dilokasi-lokasi yang telah dikenal pasti mendirikan struktur iklan tanpa kebenaran di sekitar Kuala Lumpur.
Baca juga: