Lebih baik kerajaan negeri sealiran dengan Kerajaan Persekutuan, kata PM

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peranan Kerajaan
Persekutuan dalam pembangunan ekonomi negeri tidak boleh diremehkan
terutamanya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Teruskan Membaca

Jelasnya,
limpahan ekonomi yang dinikmati oleh setiap negeri termasuk di bawah
kepimpinan pembangkang dirasai hasil daripada usaha oleh Kerajaan
Persekutuan dalam menarik pelaburan ke dalam negara.
“Di Kedah
misalnya, Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech) itu adalah usaha
kerajaan persekutuan. Ya, tidak dinafikan ada sumbangan kerajaan negeri
namun dana dan usaha itu banyaknya dari Persekutuan.
“Di
Terengganu pula, hasilnya dari minyak dan gas di bawah kendalian
Petronas. Petronas itu dibawah (perhatian) siapa? Menteri Kewangan,”
katanya.
Tambah beliau, usaha berterusan membawa pelaburan dilakukan tanpa meminggirkan negeri di bawah kepimpinan pembangkang.
“Terbaru
ada syarikat dari China berminat untuk membuat pelaburan. Ada cadangan
untuk membawa pelaburan itu ke Johor, namun saya cadang untuk
pertimbangkan negeri Terengganu.
“Terpulang siapa yang diundi
dalam PRN tetapi lebih baik kalau kerajaan negeri itu sealiran dengan
kerajaan persekutuan,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi
menjawab soalan dikemukakan seorang mahasiswa pada program Temu Anwar
Kedah mengenai pilihan kerajaan negeri menjelang PRN Ogos ini.
Kira-kira
5,000 pelajar dari universiti, politeknik dan sekolah menengah sekitar
Kedah dan Perlis serta orang awam hadir ke program itu yang diadakan di
Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah.

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?