PRIHATIN dengan musibah banjir yang menimpa penduduk di Sabah dan SarawakPerdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai segera sebanyak RM1,000.
Bantuan ini diberi kepada setiap keluarga yang terjejas akibat banjir di Sabah dan Sarawak.
Teruskan MembacaAnwar berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir, kebakaran dan tanah runtuh.
“Bantuan ini tidak bergantung kepada negeri atau musim tertentu tetapi atas dasar tanggungjawab kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela,”katanya.
Pengumuman itu dibuat semasa Majlis Kenduri Rakyat di pekarangan Masjid Al-Muttaqin, Taman Meru, Ipoh, Perak pada Jumaat.
Selain itu, katanya, kerajaan juga memperuntukkan dana tambahan sehingga RM24 juta bagi membaiki kerosakan besar yang berlaku akibat bencana tersebut.
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 17,459 orang, melibatkan 11,734 orang di Sarawak dan 5,725 orang di Sabah.