DALAM inisiatif untuk memastikan keselamatan dan keamanan di ibu kota negara sentiasa terjaga, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa mengadakan lawatan kerja ke Kuala Lumpur Command and Control Center (KLCCC) pada Isnin.
Lawatan tersebut bertujuan untuk memahami lebih lanjut tentang fungsi sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di Kuala Lumpur dan bagaimana teknologi tersebut berperanan dalam pengurusan trafik, penanganan bencana dan pencegahan jenayah.
Teruskan MembacaDalam sesi perbincangan yang diadakan di KLCCC, Zaliha Mustafa mendengar penjelasan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai peranan CCTV tersebut dipasang sekitar Kuala Lumpur.
Selain itu, Zaliha turut berpeluang melihat secara langsung pengoperasian KLCCC, termasuk video wall (paparan penuh kesemua kamera litar tertutup) yang merupakan pusat pemantauan utama.
Lawatan tersebut memberi kesempatan kepada beliau untuk menyaksikan bagaimana data trafik dipantau secara langsung dengan menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI).
“Konsep AI yang diterapkan di KLCCC mampu mengenali individu melalui pengenalan wajah dan nombor plat kenderaan secara automatik yang membolehkan pengawasan trafik lebih efektif dan memastikan keselamatan orang awam, khususnya penduduk Kuala Lumpur.
“Dengan penerapan teknologi canggih seperti CCTV dan konsep AI, diharapkan Kuala Lumpur dapat terus berkembang sebagai “Smart City” yang sistematik, berdaya saing, dan selamat bagi penduduk dan pengunjungnya,” katanya dalam kenyataan.
Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Tuan Haji Mohamad Hamim, . — KL Viral
Baca juga: