Terkini

DBKL keluar 65 kompoun, 3 premis makanan kotor diarah tutup

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur terus komited menyerbu premis makanan kotor melalui Operasi Sepadu Bersih yang dijalankan sepanjang Jalan Genting Klang, Jalan Maktab, Taman Mastiara, KL East Mall, Taman Bukit Anggerik dan Jalan Rimbunan Raya 1.

Hasil serbuan, pihak DBKL telah mengarahkan penutupan tiga buah premis daripada 58 buah premis yang diperiksa.

Arahan penutupan berkenaan adalah tertakluk di bawah UUK 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

Selain penutupan, pihak DBKL turut mengeluarkan 65 kompaun atas pelbagai kesalahan termasuk aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis yang tidak memuaskan.

Kompaun daripada pelbagai kesalahan dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pihak DBKL turut menyatakan mereka akan meneruskan tindakan ini dari semasa ke semasa untuk memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang ditetapkan. — KL Viral

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top