Ketangkasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menguruskan pentadbiran negara sebaik kembali dari lawatan kerja ke Bahrain dan Brunei mendapat pujian ramai.
Netizen memuji komitmen dan tenaga luar biasa beliau selepas tular gambar mesyuarat kabinet yang diadakan hari ini.
Teruskan MembacaDalam foto yang jarang dikongsi, Anwar dan para menteri dilihat berbincang dalam suasana mesyuarat yang aktif di sebuah meja bulat besar, lengkap dengan skrin komputer dan hidangan ringan.
Anwar duduk bersama dua timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Haji Fadillah Yusof, sambil berkongsi hasil pertemuannya dengan pemimpin kedua-dua negara yang dijangka membawa manfaat besar kepada Malaysia.
Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar berkata mesyuarat kabinet hari ini turut membincangkan hasil lawatan kerja beliau ke Bahrain dan Brunei.
Usai tiba dari Bahrain sekitar jam lima pagi tadi, saya langsung mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri awal pagi tadi,” katanya.
Beliau yakin hubungan antara Malaysia dan kedua-dua negara itu akan terus diperkukuh melalui pelbagai inisiatif dan kerjasama yang dirancang.