Kaunter bayaran saman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara yang menjadi tumpuan dalam program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Jumaat.
Difahamkan sekitar 3,200 pengunjung hadir membanjiri kaunter pembayaran kompaun saman trafik sejak awal pagi sehingga pukul 3 petang.
Teruskan MembacaMenurut salah seorang pengunjung, Abdul Rahim Hakim,45, aktiviti tersebut perlu diadakan setiap tahun bagi membantu pengguna jalan raya membayar saman.
“Diskaun 50 peratus ini bagus dan patut dibuat setiap tahun kerana ia sangat membantu rakyat.
“Mungkin selepas ini boleh banyakkan lagi kaunter dan percepatkan proses,” katanya memetik Malaysia Bangkit pada Jumaat.
Pada masa sama, Abdul Rahim turut mengharapkan agar pihak penganjur lebih peka terhadap kemudahan untuk pengunjung Orang Kelainan Upaya (OKU) dan warga emas.
“Tambah baik fasiliti untuk golongan OKU dan warga emas bagi menjamin lebih keselesaan mereka yang datang,” katanya.
Sebanyak 14 kaunter dibuka bagi memudahkan urusan bayaran saman dilakukan.