MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa hadir ke Majlis Berbuka Puasa 2024 di Putrajaya untuk menyantuni anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kausar.
Dr Zaliha turut mengambil peluang itu untuk menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sekali gus menceriakan mereka untuk membuat persiapan sempena sambutan Aidilfitri nanti.
Teruskan Membaca“Semoga Allah SWT sentiasa memelihara anak-anak ini,” katanya dalam kenyataan.
Majlis Iftar itu merupakan hasil kerjasama dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara Boraombak, Kembara Mukmin Travel Sdn Bhd dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).
Dalam pada itu, Dr Zaliha turut mendoakan agar usaha murni syarikat berkaitan mendapat ganjaran yang sewajarnya di akhirat kelak. — KL Viral
Baca juga: