Oleh: Haikal Tajuddin
HARI ini kita menyaksikan individu yang tidak berhati perut, sanggup menunjukkan dua jari sebagai tanda ‘peace’ walaupun disahkan langgar orang sampai mati.
Teruskan MembacaDipercayai, individu tersebut merupakan seorang pemandu lori kontena yang berusia 51 tahun, namun kini sudah ditahan reman dalam tempoh empat hari terhadap kes kemalangan tersebut.
Menerusi video berdurasi 1 minit yang dikongsikan menerusi aplikasi X, suspek pada ketika itu sedang diiringi anggota polis kira-kira pukul 8.20 pagi, sempat menunjukkan ‘peace’ kearah pengamal media.
Video tersebut mendapat kecaman hebat sehingga ada yang mendakwa suspek tersebut ingin mengakui bahawa dia sebagai ‘sakit mental’.
Terdahulu, terdapat seorang wanita, 21, telah disahkan maut selepas kontena dari sebuah treler terjatuh dan menghempap kereta mangsa serta beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat di Bukit Tengah, Bukit Mertajam Pulau Pinang pada Rabu.
Tragedi itu berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi turut mengakibatkan seorang lelaki, 25, mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di Hospital Bukit Mertajam (HBM).
Difahamkan, mangsa pada ketika itu sedang dalam perjalanan ke tempat kerja ketika kejadian berlaku. — KL Viral
Baca juga: