PEMANDU kenderaan yang membiarkan dua kanak-kanak mengeluarkan kepala di bahagian bumbung matahari (sunroof) ketika kenderaan sedang berjalan mendapat kritikan lebih-lebih lagi apabila video rakaman insiden tersebut tular di media sosial.
Difahamkan insiden tersebut berlaku di Jalan Persiaran Putra Perdana, Putra Heights, Subang Jaya.
Teruskan MembacaMenerusi video tular berdurasi 30 saat itu memaparkan kenderaan itu yang dipercayai membiarkan kanak-kanak terbabit mengeluarkan hampir sebahagian badan untuk menikmati pemandangan pemanduan.
Difahamkan polis turut mengesan pemilik kenderaan bagi membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh disalurkan ke Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya melalui talian 03-7862 7100 atau boleh memberikan maklumat lanjut ke Balai Polis berdekatan bagi membantu siasatan polis.
Tindakan pemilik kereta yang dianggap cuai tersebut membahayakan keselamatan kanak-kanak yang perlu dipantau keadaan mereka agar perkara yang tidak diingini berlaku.
Baca juga: