Terkini

Pelajar OKU raih keputusan cemerlang SPM, perlukan RM7,000 bagi melanjutkan pelajaran

PELAJAR orang kurang upaya (OKU) fizikal, Raja Amirul Mukmin Raja Safari mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia baru-baru ini, beliau memperoleh 8A 1B dan memerlukan RM7,000 bagi melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Perkara itu turut dikongsikan pengguna laman X, @MALAYSIAVIRALL dengan kapsyen ‘Result SPM 2023, 8A & 1B dan adik ni OKU Harap YB Menteri dapat berikan bantuan’.

Hantaran tersebut menerima perhatian ramai pihak yang menyatakan jumlah RM7,000 ribu berkenaan merupakan jumlah yang besar dan melebihi bajet bagi melanjutkan pelajaran.

Dalam masa yang sama, ada pihak yang turut menyatakan jumlah tersebut merupakan peruntukkan kesuluruhan buat pelajar kecacatan tangan kiri itu jadi ianya dianggap munasabah dengan ekonomi semasa.

Dia kata perlukan rm 7k bukan yuran rm7k, mungkin ambil kira semua keperluan nak pergi hantar beli pakaian atau keperluan dia sebagai oku.. Kalau dia tak berkemampuan mesti banyak benda yg tak ada kena beli nak masuk uni.. Kira pula berapa lama duduk sana nnti, rm7k bukan 7juta korang nk persoalkan sangat ni.. ,” ujar @faizfayeshz.

“Logik kalau perlukan 7k sebab, laptop rm 2K , yuran : 2K ( tu belum ambil kira yuran hostel), transport untuk pendaftaran : 1k ( sewa kereta, homestay, makan&minum) , beli barang- barang keperluan : 1 K ( tu pon mcm tak cukup) , duit poket : 1k ( sementara nak dapat biasiswa),” jelas @kahkahkah2018

Sebelum ini, media ada melaporkan berkenaan Raja Amirul Mukmin yang dilaporkan pernah tinggal di dalam reban ayam walaupun begitu ianya tidak menjadi asbab buat dirinya meraih keputusan 8A dan 1B dalam peperiksaan SPM 2023.

Beliau turut menerima perhatian daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diwakili Setiausaha Politik PM, Ahmad Farhan Fauzi, dengan pemberian sumbangan wang tunai dan bakul makanan yang diserahkan oleh Zainuddin Ghazali pada 2 Jun lalu. — KL Viral

Baca juga:

Baca juga :

Pelbagai

Scroll to Top