PEMPENGARUH, Kim Seri, tiba-tiba menjadi bualan hangat di media sosial selepas seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap perkhidmatan individu tersebut yang didakwa tidak jujur.
Menerusi perkongsian tular di Threads, Sitinurhiqmah_ menceritakan pengalaman pahit bersama servis Kim Seri, yang merupakan pengendali pakej percutian ke Korea Selatan.
Teruskan MembacaDia mendakwa, walaupun bayaran penuh sebanyak RM110,000 telah dilakukan sejak Oktober lalu, sehingga kini tiada tiket penerbangan atau pengesahan tempahan yang diterima oleh kumpulannya.
“Stress betul ye dengan perangai ha*** si Kim Seri ni. Sangat-sangat tidak jujur tapi claim diri tu bukan scammer,” tulisnya.
Lebih mengecewakan, Kim Seri dilaporkan memberitahu secara ‘last minute’ bahawa kumpulan tersebut perlu menaiki penerbangan AirAsia tanpa makanan dan bagasi.
Malah, ia bertentangan dengan perjanjian awal yang melibatkan penerbangan Malaysia Airlines (MAS) setelah mereka menaik taraf pakej dengan tambahan RM300 setiap seorang.
“Dia cakap pakej asal AirAsia dengan makanan dan bagasi 20kg, tapi bos saya taknak AirAsia. Jadi, kami upgrade ke MAS. Sekarang tiba-tiba cakap kena naik AirAsia tanpa meals dan baggage? Memang tak masuk akal!” katanya lagi.
Luahan ini mendapat perhatian ramai warganet yang menzahirkan rasa simpati dan turut mengecam tindakan yang didakwa tidak profesional oleh Kim Seri.
Selain itu, ada juga yang berkongsi pengalaman serupa, mendakwa pernah berurusan dengan individu yang sama.
Sehingga kini, Kim Seri masih belum memberikan sebarang penjelasan terhadap dakwaan tersebut. Namun, @sitinurhiqmah_ menegaskan bahawa mereka hanya ingin menuntut hak sebagai pelanggan yang telah membayar dengan jumlah wang yang besar. — KL Viral
Baca juga: