KHAIRUL Aming terima undangan bertemu dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon yang kini berada di Malaysia sempena rangka lawatan rasmi.
Undangan istimewa daripada Luxon itu susulan daripada video Khairul Aming yang tular di aplikasi Tiktok dengan meraih 5 juta tontonan.
Teruskan MembacaDalam kunjungan itu, Khairul Aming turut memperkenalkan pelbagai jenis masakan melayu seperti Roti Jala, Teh Tarik, Kuih Muih dan menjamu selera dengan hidangan Nasi Lemak di Hidang KL, Kuala Lumpur.
Pempengaruh berusia 32 tahun itu yang terkenal dengan ‘tagline’ Hey Wassup guys memulakan siri memasak terbarunya ke luar negara iaitu di New Zealand.
Siri memasak terbarunya ini diterbitkan dengan konsep ‘travelog’ yang mana beliau memperkenalkan resipi masakan sambil melancong ke luar negara.
Video travelog itu mendapat perhatian Perdana Menteri Luxon yang secara peribadi mahu berjumpa dengan Khairul Aming untuk menyampaikan penghargaan di atas penerbitan video tersebut.
Untuk info, video percutian New Zealand itu bakal diterbitkan sebanyak sembilan episod dan setakat hari ini, sudah empat episod sudah ditayangkan.
Menariknya, kempat-empat episod tersebut telah mencatatkan lebih 30 juta tontonan di platform TikTok dan Instagram.
Menjadi pempengaruh media sosial bukan sesuatu perkara yang mudah bahkan perlukan usaha yang konsisten untuk mencapai kejayaan dalam bidang tersebut.
Contohilah Khairul Aming yang telah melalui pelbagai onak dan duri sebelum bergelar selebriti media sosial. Ingat, menjadi content creator adalah tentang bagaimana seseorang itu dapat menyampaikan sesuatu bermanfaat, seterusnya menyumbang kepada negara.
Baca juga: