Oleh: Haikal Tajuddin
PANTANG ada yang viral, mesti akan ada ramai individu yang sanggup untuk beratur panjang.
Teruskan MembacaKalau dahulu, beratur panjang sebab nak cuba makanan yang pelik, tetapi kali ini makanan yang boleh dibuat sendiri pun sanggup beratur.
Satu video yang tular di aplikasi X, orang ramai sanggup beratur panjang di kedai yang terletak di Caltex, Setiawangsa semata-mata untuk mendapatkan maggi goreng.
Akibat perkara tersebut, ramai mempertikaikan tindakan masyarakat sebagai tidak masuk dek akal kerana ia boleh dilakukan sendiri.
“Benda b*d*h aku pernah tengok. Maggi je kot, kalau maggi pun malas nak masak, tak tahu la tahap malas macam mana dah la. Harga pun melampau. Siap ada yang tegur air rebusan berapa lama tak tukar,” komen gajuspedas.
“Buat sendiri RM3, orang buatkan sampai RM15,” balas YB_forty.
“Kesian rakyat, dekat mana ni. Susah ni makan maggi je,” balas Izzairy. – KL Viral
Baca juga: