Terkini

Netizen kecam tindakan pelancong China ‘membuang’ tengah jalan

Seorang wanita dipercayai warganegara China melakukan tindakan tidak senonoh apabila dia didapati membuang air besar di tempat terbuka di pusat peranginan, Cameron Highland, Pahang pada Selasa.

Berdasarkan video yang tular, warga maya menyifatkan tindakan itu sebagai orang tidak bertamadun selain memalukan kumpulan pelancong asing.

Kelakuan jijik itu telah dirakam melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di perkarangan inap desa, Kea Farm.

Wanita itu meninggalkan najisnya di atas jalan sebelum bergegas meninggalkan lokasi tersebut.

Video selama satu minit itu memaparkan dua wanita sedang berjalan, sebelum tiba-tiba salah seorangya membuka seluar dan membuang air besar di perkarangan kawasan itu.

Pengguna media sosial kemudian meninggalkan komen dengan kemarahan dan ada juga meluahkan rasa jijik terhadap kelakuan wanita itu.

“Pengotor betul, macam tu je dia buang air besar,” kata Aesha.

“Kenapa mesti tengah jalan? Kenapa tak pergi dalam semak ke, tepi longkang ke?,” kata Adam.

“Pernah borak dengan pelancong China kenapa buang air besar merata macam tu. Katanya tandas awam kita basah jadinya meeka geli untuk guna tandas. Tak faham sebab China Malaysia takda perangai macam ni pun,” kata Tony.

Untuk info, kes seperti ini pernah berlaku beberapa tahun lalu malah, kes itu berulang kembali dengan sikap tidak bertanggungjawab pelancong wanita berasal dari negara China tersebut. — KL VIRAL

Pelbagai

Scroll to Top