Pihak berkuasa menjalankan aktiviti Ops Sapu di Brickfield, Kuala Lumpur telah berjaya mencekup ramai warga asing yang tidak mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.
Seramai 370 warga asing terdiri daripada negara Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka, India dan Indonesia telah diperiksa oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Teruskan MembacaMalah, ada diantara mereka yang cuba untuk meloloskan diri dan enggan memberikan kerjasama.
Susulan berkenaan itu, beberapa aduan telahpun diterima apabila warga asing mula mendominasi kawasan kotaraya yang sering menjadi tumpuan pelancong.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JIM, Jafri Embok Taha berkata, jumlah akan meningkat selepas proses dokumentasi selesai dijalankan.
“Operasi dijalankan di kawasan ini susulan aduan orang ramai terhadap kebanjiran warga asing,
“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1958/63, Akta Passport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Kesemua yang ditahan berusia dari 25 hingga 71 tahun akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut. — KL VIRAL
Baca juga: