Terkini

4 mangsa cedera ekoran insiden kebakaran bilik transformer di Petaling Jaya

Insiden kebakaran bilik transformer di Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya pada Ahad mengakibatkan empat mangsa mengalami kecederaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail, berkata, kesemua mangsa merupakan warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mereka ialah Muhammad Adham Nor Zali, 22; Zaiful Amrun Mohd Zahar, 52; Nik Hafzan Ali, 34, dan Muhd Fauzi Abdul Rahim, 37.

“Ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada 6.07 petang, api sedang merebak ke struktur bangunan bersebelahan namun berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 44 minit kemudian dengan kekuatan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dan Subang Jaya,” katanya.

Beliau berkata kebakaran menyebabkan bilik transformer berkeluasan kira-kira 37 meter persegi itu musnah sepenuhnya.

Ketua Polis Petaling Jaya Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid pula ketika dihubungi mengesahkan keempat-empat mangsa stabil dan hanya melecur anggota badan serta masih menerima rawatan di Hospital Shah Alam. KL VIRAL

Pelbagai

Scroll to Top