RUMAH biru yang terkenal dan sering menjadi pilihan lokasi penggambaran beberapa buah filem serta rancangan televisyen yang bertempat di Kampung Baru dipercayai bakal dirobohkan.
Menurut pemilik rumah berkenaan, Shafiq Abdullah, rumah tersebut dirobohkan bagi memberi laluan untuk projek pembongkaran semula palong yang ditanam di bawah tanah rumahnya itu.
Teruskan MembacaDifahamkan, Jabatan Perparitan dan Saliran Kuala Lumpur mengambil masa dalam tempoh tiga atau empat tahun bagi menyiapkan projek berkenaan.
“Kampung ku Kampong Bharu, Kuala Lumpur. Di Jalan Salleh, kini telah berakhir menetap disini daripada tahun 1984 hingga 31 Mei 2024.
“Maka dengan ini, secara rasmi kami semua telah keluar dari Rumah Biru untuk tempoh 3 atau 4 tahun. Dengan harapan selepas ini kami pulang semula ke tanah kami ini,” katanya menerusi laman Facebooknya.
Dalam pada itu, Shafiq turut menzahirkan ucapan terima kasih buat pengunjung yang berminat dengan seni bina rumah tersebut dan menjadikan tumpuan sebagai lokasi untuk bergambar.
“Jutaan terima kasih kepada semua pegunjung yang hadir secara rasmi mahupun tak rasmi ke rumah kami untuk bergambar. Mohon maaf salah silap kami sepanjang tempoh tersebut,” katanya.
Baca juga: