Pernah dengar Penjara Pudu?
Penjara Pudu ialah salah sebuah penjara yang terkemuka di Malaysia. Dahulunya dikenali dengan nama Pudu Goal, terletak di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur. Penjara ini dibina semasa zaman penjajahan British pada tahun 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.
Teruskan MembacaPada tahun 1985 penjara bersejarah ini telah mencatatkan jumlah bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa. Kesesakan ini memaksa banduan bergilir-gilir (shift) untuk tidur.
Kumpulan banduan yang terawal menghuni penjara ini diambil dari daerah Jugra, Hulu Langat, Banting, Ampang, Klang dan Rawang.
Fakta Menarik Penjara Pudu
1.Dua orang awam di tahan di penjara
Penjara berusia lebih seratus tahun ini juga pernah mencatat sejarah hitam yang tersendiri iaitu pada tahun 1985, berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri.
2. Mural Terpanjang
Penjara yang banyak menceritakan kisah suka duka kepada jabatan ini telah mencatat rekod kerana muralnya yang menghadap Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah merupakan mural terpanjang di dunia iaitu sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter telah dilukis oleh banduan dengan menggunakan 2,000 liter cat.
Kepesatan pembangunan persekitaran yang begitu cepat menyebabkan ciri-ciri keselamatan penjara unik ini semakin tergugat. Penjara Pudu yang sarat menyimpan 1001 kisah dan tauladan kepada Jabatan Penjara dan negara ini terpaksa ditutup pada jam 9.05 pagi 1 November 1996 setelah lebih 100 tahun digunakan.
Tapak penjara yang terletak di kawasan segi tiga emas ini dibangunkan untuk tujuan komersial oleh Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan sebagai gantinya, UDA telah membina sebuah penjara baru iaitu Penjara Sungai Buluh yang mempunyai keluasan 89.03 hektar yang terletak lebih kurang 36 km dari Kuala Lumpur dan diberikan kepada Jabatan Penjara.
3. Potret Banduan Akhir
Potret ini tentang seorang ‘Banduan Akhir.’ Potret di dalam gambar ini adalah seorang banduan yang pandai melukis. Dia melukis potretnya sendiri sebelum dihukum gantung.
Warden memberitahu lampu di bilik tu akan dipadamkan. Namun dalam kegelapan itu, potret itu dikatakan akan bercahaya seolah-olah hidup. Ada juga yang mendakwa potret itu ada kalanya menangis bila hari hukum gantung seseorang itu semakin hampir.
4. Bilik Banduan Akhir
Ia dipanggil bilik terakhir sebab ia merupakan bilik bagi penjenayah kesalahan berat sebelum dihukum gantung sampai mati. Di bilik terakhir ni lah pesalah akan menangis, meratap, menjerit dan bercakap seorang diri.
Pesalah jadi begitu sebab tak kuat semangat untuk menempuh hari kematian keesokan harinya. Menurut warden yang masih ada di Penjara Pudu, semasa proses kosongkan sel, mereka selalu terdengar suara-suara sayu meminta tolong dan menangis dari bilik tu.
Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil untuk ‘membersihkan’ bilik tersebut. Menurut mereka, suara-suara tu adalah daripada roh-roh pesalah yang tidak tenteram setelah di tali gantung.
5. Kisah benar pegawai penjara
Ketika buat rondaan, kami akan disakat dengan lembaga hitam yang merenung tajam. Ada juga bayangan kanak-kanak bermain dan perempuan berjalan di tengah lorong penjara.
Banyak kali gangguan sebegitu berlaku dan mengganggu pegawai bertugas serta banduan. Ada beberapa kawasan yang sering menjadi laluan makhluk halus seperti tangga, pintu masuk ke bilik tidur staff dan juga bilik akhir.
Ada yang pernah beberapa kali rasa ditolak dari belakang. Banduan juga pernah bercerita, ada seorang lelaki berjalan di tengah-tengah sel dengan muka mengerikan! Ingatkan warden yang membuat rondaan, tetapi bila dah tahu, mereka hanya akan berdiam diri saja.
LaLaport BBCC
Generasi sekarang mungkin tidak tahu Bukit Bintang City Centre (BBC) atau kini berdiri megah pusat membeli-belah terbaru LaLaport BBCC yang sebenarnya dahulu adalah tapak Penjara Pudu yang amat dikenali suatu kita dahulu.
Berasal Dari Jepun
LaLaport BBCC adalah pusat beli-belah gaya hidup yang berasal dari Jepun. Ia mewujudkan suasana interaksi yang damai dan santai menerusi gabungan fasiliti komersial, pejabat, kediaman, hotel dan lain-lain kemudahan.
Pelbagai Jenama Terkemuka Dari Jepun
Pusat itu juga turut menampilkan pelbagai jenama nama-nama yang terkemuka di Jepun. Dianggarkan 400 kedai dengan pelbagai penyewa. Dimeriahkan lagi dengan barisan jenama terkenal dari Jepun yang menyaksikan kehadiran julung kali di Malaysia.
LaLaport BBCC membawakan jenama terkenal dari Jepun seperti NITORI, Nojima dan JONETZ oleh DON DONKI. Selain itu, Star Child, sebuah sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan intelektual gaya Jepun, turut membuka kemudahan pertamanya di LaLaport.
Bertemakan Konsep “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”
Bertemakan konsep rekaan “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”, LaLaport BBCC mempunyai gaya penampilan yang sesuai dengan lokasi di pusat bandar, ditambah dengan keistimewaan tona rekaan dalaman.
Tempat makan yang berkonsep baharu
LaLaport BBCC juga menawarkan pengalaman makanan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pusat membeli-belah seperti kedai pertama atau kedai utama di Malaysia, seperti kedai yang disenaraikan sebelum ini oleh Michelin, tempat makan yang berkonsep baharu oleh chef terkenal. Tawaran yang unik dan menarik dari Shin’Labo, Marta’s Kitchen,Buena Brasa Gastro pub,DONQ/Mini One, MATCHA EIGHT, YAKINIKU SIZZLE oleh YAKINIQUEST dan banyak lagi. Pengunjung juga akan dapat menikmati citarasa restoran tempatan yang
telah menempah nama di Malaysia.
Central Rooftop Garden
Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan dan bersantai di LaLaport BBCC dengan banyak ruang acara disediakan seperti “Central Rooftop Garden” dengan keluasan sebesar 1,700 meter persegi yang dikelilingi oleh kehijauan dan pokok-pokok. Pusat beli-belah ini juga mempunyai ruang acara unik yang terletak di tengah-tengah Gourmet Street – “WOW PLAZA”, dan tarikan di pintu masuk utama yang menampilkan pelbagai bentuk pencahayaan seiring dengan acara bermusim – “Grand Step”.
Pintu Masuk Penjara Pudu dikekalkan
Lebih menarik, LaLaport BBCC ini mengekalkan pintu masuk Penjara Pudu yang masih berdiri megah. Tapak penjara ini seluas 8.9 hektar itu pernah di kelilingi lukisan mural sepanjang 384 meter dan tinggi 4.5 meter terpanjang di dunia, indah pada setiap inci tembok.