Terkini

Agong, Permaisuri baca berita buat rakyat terharu

BULETIN Diraja yang disiarkan pada Rabu lalu menampilkan Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menyampaikan berita.

Baginda berdua berkenan berangkat mengadakan kunjungan ke Sri Pentas, Bandar Utama serta melawat konti radio.

Tambahan pula, baginda menerima jemputan khas dari Bilik Berita Media Prima dan disambut oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan melawat Bilik Berita Media Prima yang menempatkan studio program berita terbitan stesen televisyen berkenaan.

Dalam masa yang sama, video Agong membaca berita di stesen televisyen tersebut telah mendapat perhatian oleh warganet apabila terdapat video tular berkenaan di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memberikan kata-kata positif serta mendapat ribuan pujian mengatakan Agong dan Raja Permaisuri adalah pasangan diraja yang paling berjiwa rakyat.

“Permaisuri Agong siap angkat kening lagi, comel sangat,” kata Jat Izad.

“Bagi saya, inilah YDPA yang paling berjiwa rakyat dan bersikap terbuka dengan rakyat. Saya sangat-sangat senang dengan YDPA kali ini. Daulat Tuanku!,” kata Shah.

“Sedapnya suara Tuanku Permaisuri, memang ada suara seorang pembaca berita,” kata Suria.

“Sedihnya tidak lama lagi dah tamat sebagai YDPA tapi sebaliknya gembira sebab Tuanku akan balik ke Pahang. Apa-apa pun kami rakyat jelata, mendoakan moga Tuanku berdua sentiasa sihat walafiat. DAULAT TUANKU,” kata Noor.

Kasih sayang rakyat kepada baginda berdua tidak cukup terluah dengan kata-kata tetapi doa yang ikhlas sentiasa diiringi perjalanan baginda.

Untuk info, Buletin Diraja mencatat sejarah pertama apabila Yand di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli sebagai penyampai berita.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top