WARGANET meluahkan rasa berang terhadap kenyataan penyanyi, Ning Baizura yang disifatkan tidak mengendahkan konflik yang melanda di Rafah, Palestin.
Komen terhadap Ning timbul selepas penyanyi Awan Yang Terpilu itu membuat satu kenyataan ringkas ketika sesi live di Instagram miliknya.
Teruskan Membaca“All eyes on Rafah. Who’s that?” kata Ning dengan nada bersahaja seperti tidak mengetahui langsung perkara demikian.
Lebih menambah kecewa orang ramai apabila Ning, atau nama sebenarnya, Ning Baizura Sheikh Hamzah, hanya meneruskan nyanyiannya dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.
“Jadi memang tidak pernah ambil tahu lah? Sebab macam obvious sangat tak tahu pasal perkara ni,” komen Hafizkenny.
“Malu jelah kat bangsa lain di luar negara yang sanggup berjuang lawan bagi sokongan untuk Palestin. Engkau yang Melayu Islam pula macam ini. Tak tahu nak cakap apa, lantak kau lah. Nak urban sangat,” kata Choccoldfoam.
“Patutlah sendu, bebal sangat,” sindir Noteworthytopcs.
“Speechless. Dia boleh ketawa dan buat lawak apabila ribuan saudara di sana telah dibunuh. Manusia apa ini?” soal Rahah_ghazali.
Perkara tersebut juga menyemarakkan warganet yang kini sedang memulakan gerakan Blockout2024 yang bertujuan menyekat dan menghalang iklan selebriti-selebriti yang terlibat dalam tidak menyuarakan solidariti kepada rakyat Palestin dengan memboikot mereka.
Kini, Ning Baizura turut berada dalam senarai untuk diboikot orang ramai akibat pernyataan dirinya yang kelihatan kurang sensitif itu. — KL Viral
Baca juga: