Seorang pemuda berusia 27 tahun, Muhammad Daniel Haikal yang dipercayai hilang selepas menjalankan urusan penjualan telefon bimbit, iPhone dengan pelanggan yang tidak dikenali di Pulau Pinang.
Menerusi Instagram ibu saudara pemuda tersebut, Eyraswan Ramadan meminta orang ramai membantu mencari anak buahnya itu setelah tidak pulang ke kediamannya di Kuala Lumpur sejak 3 Oktober lalu.
Teruskan MembacaKali terakhir Muhammad Daniel dikesan berada di kawasan George Town.
Eyraswan berkata, anak saudaranya itu ada membuat panggilan video kepada tunangnya untuk meminta pertolongan.
“Dia VC (video call) tunang dia di FB dan minta tolong selamatkan dia, sambil berlari-lari untuk mencari jalan keluar dari tempat tersebut.
“Tetapi VC termati sebab telefon dia habis bateri dan dia tidak sempat beritahu di mana lokasinya,” katanya di Instagram.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai kehilangan Muhammad Daniel Haikal yang dikatakan tidak dapat dikesan selepas dia menghantar Iphone kepada pelanggan yang tidak dikenali di Pulau Pinang.
Selain ibu saudara, ibu Muhammad Daniel turut membuat hantaran di media sosial agar anaknya itu kembali ke kediaman mereka segera.
“Semoga Allah permudahkan urusan anakku, Muhammad Daniel Haikal. Semua tempat mama cari abang, tak jumpa. Semoga abang cepat balik.
“Ya Allah ya Tuhan, lindungilah anakku. Jauhkanlah dia dari benda-benda yang tak baik,” katanya.