Dulu dijulang, kini dikecam!
Pempengaruh media sosial Kim Seri jadi perhatian selepas ramai mendakwa ditipu dalam pakej pelancongan ke Korea Selatan.
Bayar ribu-ribu, janji nak jalan-jalan Korea… akhirnya percutian cuma tinggal angan!
Teruskan MembacaKes ini makin panas bila bekas suami Kim Seri ditahan polis Johor untuk bantu siasatan. Dia dikaitkan sebab syarikat pendaftaran atas nama dia — Cikgu Kimchi Trading.
Kim Seri pulak tampil mohon maaf, akui salah urus kewangan, janji nak bayar balik semua mangsa. Tapi janji tetap janji, ramai masih tunggu.
Tak cukup dengan itu, bekas kakak ipar pulak muncul, dakwa bekas suami jadi ‘kambing hitam’ dalam drama ni.
Dalam kekalutan ni, Kim Seri dikatakan dah kahwin baru dengan lelaki Korea!
Netizen? Ramai yang marah. Ada yang tuntut Kim Seri bertanggungjawab penuh.
Polis masih siasat… Kita tunggu siapa yang benar, siapa yang salah!