PELAKON Ruhainies terkedu apabila ditujukan soalan mengenai penceraian Bella Astilah bersama bekas suaminya Alif Aziz selepas sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Video yang tular di laman X itu menyaksikan Ruhainies ditujukan sebuah soalan hangat dari seorang wartawan sebelum beliau terkedu untuk menjawab pertanyaan tersebut.
Teruskan Membaca“Macam hantaran yang dilakukan Bella Astillah di Instagramnya, Anda adalah punca penceraian, jadi apa yang netizen cakap dan Ruhainies sendiri sebagai punca penceraian mungkin ada apa-apa komen hendak dilakukan mengenai kenyataan tersebut?.
“Hmm.. ini berat ni,” ujar Ruhainies yang kelihatan tidak mampu menjawab pertanyaan tersebut sebelum Alif Aziz yang turut hadir di sebelahnya ketika sesi temubual tersebut mencelah untuk menghentikan pertanyaan tersebut.
Sebelum ini, Alif dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat disebuah kondominium di ibu kota pada 9 Mac lalu selepas dilaporkan oleh jiran tetangga akibat kerap berdua-duaan di tempat berkenaan.
Pada 20 Jun lalu, mereka turut hadir ke mahkamah bagi lanjutan bon jaminan berkenaan kes khalwat tersebut,
Perbicaraan dilaporkan ditangguhkan ke 17 Oktober dan bon jaminan bagi kedua-duanya turut dilanjutkan.
Baca juga: