SEORANG lelaki dikehendaki kerana didakwa menipu peniaga dengan alasan tidak mendapatkan baki bayaran selepas membeli makanan di sebuah gerai di sekitar Johor Bahru semalam.
Lebih mengejutkan apabila lelaki berkenaan bukan sahaja menipu di satu gerai tetapi terus melakukan modus operandi tersebut di daerah yang lain dengan teknik yang sama.
Teruskan MembacaTerdapat banyak kes yang terungkai setelah beberapa peniaga yang turut menjadi mangsa meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan pemuda terbabit yang dikatakan memiliki kereta mahal jenis Honda.
Difahamkan, pada mulanya lelaki tersebut pergi ke gerai makanan itu untuk mendapatkan baki bayaran kerana membeli laksa pada hari sebelumnya.
“Ada satu pelanggan, datang ke kedai kata saya tidak bagi baki RM42 sebab dia beli laksa satu, mula-mula saya tidak percaya pun dia ada datang semalam.
“Anak saya pun kata dia tidak datang dan kebetulan semalam ada seorang sahaja pelanngan yang bagi duit RM50,” luah tuan kedai tersebut sebagai kapsyen.
Walaubagaimanapun, pemilik gerai terpaksa memberikan baki bayaran tetapi hanya dengan RM30 kerana lelaki tersebut berdegil mempertahankan apa yang diminta.
Pemilik gerai pasrah dan hanya mampu redha dan jika sekiranya lelaki tersebut menipu, dia tidak menghalalkan pemberian wang itu.
Rata-rata peniaga yang pernah menghadapi situasi yang sama berkongsi kejadian tersebut di media sosial dan mahu melakukan laporan polis atas tindakan tidak bertanggungjawab itu.
“Orangnya muda dan lelaki kan? Saya pernah kena dengan dia, dia datang tempat saya berniaga dekat Taman Perling dan mahukan baki RM42. Pelik sebab tidak pernah nampak di datang pun,” luah Marina Mansor.
“Warung sarapan mak mertua baru sahaja kena, modus operandi yang sama, RM 50 beli nasi lemak RM2. Datang pulak masa mak mertua tiada di kedai. Nampaknya merata dia buat kerja macam ni, memang saya tidak halalkan,” komen Ummu Kholisah Musta’alim. – KL Viral
Baca juga: