PENUMPANG transit transit aliran ringan (LRT) laluan Sri Petaling menyatakan mereka berasa bahang yang sangat panas ketika melalui stesen Pudu pada malam Selasa.
Seorang warganet menyatakan pada kesemua penumpang pada mulanya berfikir berlaku kegagalan teknikal namun mereka dikejutkan dengan kebakaran beberapa buah rumah berdekatan stesen tersebut.
Teruskan MembacaDua buah video yang tular masing-masing berdurasi 4 saat dan 23 saat tersebut telah mengundang persoalan warganet yang kebanyakannya meluahkan rasa bimbang kerana tren tersebut tetap melalui kawasan terbakar tersebut.
“Bukan sepatutnya tren berhenti ke atas faktor keselamatan sebab api terbakar tu tengah aktif? Nasib baik tiada berlaku letupan masa tren itu lalu,” kata Acetheodore1711.
“Jap aku tak faham kenapa tren lalu juga dekat kawasan berapi tu?” ujar Aqmal Hakim.
“LRT laluan ini memang banyak betul ‘gangguannya’,” komen Fajar Ramdhani.
Membalas kepada video tular tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur menyatakan kebakaran tersebut menimpa sebanyak tujuh buah rumah setinggan dan sebuah rumah kedai.
Komander Operasi JBPM, L. Logeswaran melaporkan enam daripada rumah tersebut terbakar sebanyak 100 peratus manakala sebuah lagi terbakar sebanyak 40 peratus.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak bomba berjaya memadam kebakaran sepenuhnya dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Jalan Tun Razak, BBP Cheras, BBP Jalan Hang Tuah dan Pasukan Bomba Sukarela Desa Petaling. — KL Viral
Baca juga: