TIADA lagi ‘mak tupperware hilang’ apabila Tupperware Brands menfailkan kebankrapan seawal minggu ini.
Menurut sumber Bloomberg News, Saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan, selepas ditutup dengan penurunan 57 peratus.
Teruskan MembacaDiasaskan pada tahun 1946 oleh ahli kimia, Earl Tupper, populariti syarikat itu melonjak pada tahun 1950-an apabila wanita pasca perang menganjurkan “pesta Tupperware” di rumah untuk menjual bekas penyimpanan makanan, sebagai langkah untuk meraih pemberdayaan dan kebebasan.
Pandemik COVID-19 turut memberikan lonjakan jualan apabila lebih banyak keluarga kekal di rumah, memasak lebih banyak, dan menghasilkan lebihan makanan. Namun, jualan merosot dalam beberapa suku tahun kebelakangan ini apabila dunia kembali pulih dan dibuka.
Menurut Bloomberg, Tupperware kini merancang untuk memohon perlindungan mahkamah selepas melanggar syarat hutangnya dan telah melantik penasihat kewangan serta perundangan.
Persiapan kebankrapan ini adalah susulan rundingan panjang antara Tupperware dan pemberi pinjamannya, yang berkaitan dengan cara mengurus hutang lebih daripada AS$700 juta.
Pada Mac lalu, Tupperware memberi amaran bahawa perniagaan mereka mungkin tidak mampu bertahan sebagai entiti yang berterusan akibat masalah kecairan tunai. Syarikat itu belum memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan komen dari Reuters. — KL Viral
Baca juga: