BARU-baru ini tular satu video dimana seorang individu mendedahkan pengalamannya memasuki alam pekerjaan yang dianggap ‘mengejutkan’ buatnya kerana budaya bercinta dengan pasangan orang yang sudah berkahwin dianggap perkara biasa.
Perkara itu, dimaklumkan menerusi akaun TikTok milik @mesyamina yang menggesa pasangan suami isteri perlu memikirkan anak dan keluarga mereka di rumah sebelum melakukan kegiatan sedemikian.
Teruskan Membaca“Tolong la jangan biasa kan dating di tempat kerja, sebelum nak buat tu ingat la anak bini dekat rumah. Aku rasa macam kejutan budaya masa aku tahu pasal benda alah ni bila baru masuk kerja,” ujarnya lagi.
Rata-rata netizen turut mengulas berkenaan video tular terbabit.
“Dark side of workplace. Tak semua ya. Tak berlaku di workplace korang tak bermaksud benda ni tak jadi di tempat lain. Seorang kawan perempuan aku pernah cakap, dia ni kira banyak pengalaman kerjalah.
“Dia kata kebanyakan colleague dia yang dah berkahwin, bergaul tanpa batas, makan dan keluar berdua macam pasangan kekasih, lebih dari tu pun raaaaamai. 3-4 kali tukar tempat kerja, sama je ceritanya. Jadi dekat situlah kita sepatutnya berbalik pada peraturan asas agama.
“Jaga ikhtilat. Jaga batas dan sempadan. Jangan bagi peluang pada sesiapa untuk goyahkan iman dan perasaan kita. Benda haram ni memang best. Jadi berhati-hatilah. Iblis tu tunggu masa je untuk gelakkan kita buat dosa. Sekadar peringatan bersama,” ujar @Cikgu_Anep di laman X. — KL Viral
Baca juga: