SIKAP pemandu yang berhemah adalah kunci utama dalam mengelakkan kesesakan lalu lintas dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Tindakan memandu secara tergesa-gesa, tidak mematuhi peraturan lalu lintas, atau berhenti di tempat yang tidak sepatutnya hanya akan memburukkan lagi keadaan lalu lintas yang sedia ada.
Teruskan MembacaSikap sebegini bukan sahaja mencetuskan kesesakan, tetapi juga berisiko menyebabkan kemalangan yang boleh menjejaskan banyak pihak.
Perkara yang sama berlaku menerusi video yang tular di laman X baru-baru ini yang memaparkan seorang lelaki yang sengaja meletakkan kereta yang dipandunya ke bahu jalan hingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.
Dua buah video masing-masing berdurasi 2 minit 1 saat dan seminit 28 saat tersebut menunjukkan pertelingkahan antara seorang pengendali p-hailing yang mahu lalu ke jalan tersebut namun gagal untuk lolos akibat kereta lelaki tersebut.
Perakam video tersebut turut tersekat dalam kesesakan tersebut kerana kenderaan yang sama, namun lelaki yang merupakan pemilik kenderaan tersebut tetap tidak mahu mengalihkan kenderaannya.
Akhirnya, perakam video tersebut memilih untuk mengundurkan keretanya sedikit dan memberi laluan kepada penghantar makanan tersebut untuk beredar daripada situ.
Namun, lelaki berkenaan mulai memberi reaksi seperti seorang samseng apabila dia menyuruh perakam video berkenaan untuk menurunkan cermin keretanya setelah menyedari dirinya telah dirakam.
Mungkin gusar akan keselamatannya, perakam video berkenaan yang merupakan seorang wanita tidak menurunkan cermin kenderaannya malah dia memilih untuk tidak mengendahkan lelaki tersebut yang sedang memarahinya.
Lelaki tersebut turut tidak mengendahkan bunyi hon yang dikeluarkan oleh pemandu kenderaan di bahagian belakang yang tersangkut dalam kesesakan tersebut.
Namun, video tersebut hanya tamat di situ dan setakat ini masih tiada penjelasan daripada mana-mana pihak mengenai video yang tular itu.
Menjengah dalam ruangan komen video tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa berang terhadap tindakan lelaki tersebut dan meminta pihak berkuasa khusunya polis untuk mengesan lelaki tersebut.
“Mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tak beri (lelaki tersebut) makan selama empat hari,” kata Negori09.
“Polis tolong kutip bangs** ni. Jangan bagi ‘naik kepala’,” komen Shahnothere.
“Menyirap je aku tengok. Kalau aku lah, hon je biar dia pula menyirap dengar hon aku,” ujar Gargantuar20.
“Polis angkut jelah orang macam ni buat payah hidup menyusahkan orang,” komen Thugtahulo.
Oleh itu, sikap bertimbang rasa di jalan raya perlu menjadi budaya di kalangan pemandu Malaysia.
Dengan memastikan pemanduan yang lebih berhemah, ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas serta meminimumkan risiko kemalangan. Keselamatan dan keselesaan bersama mestilah diutamakan setiap kali berada di jalan raya. — KL Viral
Baca juga: