Personaliti media sosial, Alif Teega mengesahkan dirinya telah ‘kahwin’ seorang lagi dan perkara itu juga turut dikongsikan oleh isteri, Aisyah Hijanah dengan menyatakan suaminya kini juga milik wanita lain pada 18 November lalu.
Perkara itu dikongsikan oleh pasangan ini menerusi hantaran di laman Instagram mereka bagi mengelakkan sebarang fitnah dan spekulasi tidak benar pada masa akan datang.
Teruskan Membaca“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik, alhamdulillah berita tersebut adalah benar.
“Saya sudah pun bernikah. Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ini,”kongsinya.
Dalam hantaran yang sama, Alif turut berterima kasih kepada isteri pertamanya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dan masih kuat berada di sisinya meskipun pahit bagi seorang wanita menerima hakikat suaminya kahwin lagi.
“Selama Aisyah menjadi isteri saya, tiada sebarang kekurangan padanya, doa saya agar Allah hanya kekalkan kami sehingga ke syurga. Tapi percaturan Allah buat saya dan Aisyah adalah berbeza.
“Aisyah adalah wanita pilihan Allah yang Subhanallah kuatnya luar biasa dan saya juga takjub dengan kekuatannya dalam hadapi setiap ujian yang datang. Saya tak rasa wanita lain sanggup berada di tempat dia,” tulis Alif Teega di ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Baca juga: