Terkini

Satu Malaysia lena dengar dodoi makcik

Di saat seluruh rakyat Malaysia dirundung rasa kesedihan dengan situasi yang berlaku di Gaza, satu video yang kini sedang tular sedikit sebanyak mengubah mood sedih kepada mood yang gelak sendirian. 

Suara makcik yang memberi salam dan berzikir telah menarik perhatian pengunjung tik tok, sehingga ramai yang membuat parodi menggunakan audio makcik berzikir. 

Rata-rata video parodi tersebut menunjukkan diri mereka ‘terlena’ secara tiba-tiba apabila didodoikan dengan suara merdu mak cik itu seakan dipaksa untuk tidur.

Menjengah ke ruangan komen video itu pula, rata-rata pengguna berjenaka seperti diri mereka mengantuk kembali walaupun baru selepas bangun tidur.

“Jumaat cancel guys iman tido” tajuk video menggunakan suara parodi makcik.

“Ingat satu jer, inilah suara mak-mak kita dahulu yang dodoikan anaknya, yang ada ibu lagi terus hargai dan berbuat baik, kata seorang pengguna. 

Pelbagai

Scroll to Top