TIADA angin, tiada ribut nama pengacara televisyen, Sugeeta Chandran hangat diperkatakan gara-gara aksinya menyiang ikan saat bersiaran langsung dalam sebuah rancangan tular.
Dalam rakaman terbabit, Sugeeta kelihatan canggung untuk menyiang ikan bersama rakan pengacaran, Syira ketika itu terdapat segmen cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka dan cabaran tersebut sama sekali tidak diberitahu awal oleh penerbit program.
Teruskan Membaca“Kalau pernah menonton rancangan WHI, akan ada segmen untuk pengacara dan kita sebagai pengacara pun tak tahu apa cabaran akan diberikan,
“Pada hari berkenaan, ada menu berasaskan ikan dan cabarannya menuntut saya dan Syira menyiang ikan. Tapi sebagai pengacara kita lakukan saja cabaran diberi dan tak sangka pula (video) akan tular kerana biasalah, bila siaran langsung ada yang menjadi, kadang tak reti buat,” kata pengacara yang berkulit manis itu.
Sugeeta menyatakan dengan santai bahawa dirinya seorang vegetarian dan tidak memakan ikan walaupun pernah menyiang ikan. Akan tetapi, hanyalah bahagian mudah sahaja.
Menurut Sugeeta, dia mengetahui bahawa video itu tular tetapi dia tidak mengambilnya sebagai sesuatu yang serius dan terlalu memikirkannya.
Malah, Syira yang menjadi rakan pengacaranya juga tidak memberikan sebarang respon ataupun melatah dengan kecaman yang dilemparkan masyarakat kerana enggan mengulas panjang perkara tersebut.
“Saya sempat membaca beberapa komen yang agak kurang menyenangkan apabila ada kaitan dengan wanita yang menyiang ikan sedangkan itu bukan penentu wanita itu hebat atau tidak,
“Jadi bagi saya, jangan stereotaip kerana kalau tak tahu, boleh belajar dan jika ada kelemahan jangan burukkan mereka (wanita),” katanya lapor Berita Harian.
Sementara itu, Syira juga tidak mengambil hati dengan kecaman yang dilemparkan dan menganggap bahawa ini adalah pengalaman pahit manis sepanjang bersiaran langsung. — KL VIRAL
Baca juga: