Terkini

Kuala Lumpur di tangga keenam bandar raya paling ramai dikunjungi pelancong

Ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tangga keenam sebagai banda raya paling dikunjungi pelancong sepanjang 2023.

Perkara tersebut dinyatakan berdasarkan kepada Indeks Bandar Destinasi Global hasil kajian Mastercard berdasarkan jumlah ketibaan pelawat semalaman antarabangsa dan perbelanjaan rentas sempadan.

Seramai 13.79 juta pengunjung dari seluruh dunia telah melawat Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.

Lima negara berada di kedudukan teratas ialah Bangkok dengan 22.78 juta pelawat, Paris (19.10 juta), London (19.09 juta), Dubai (15.93) dan Singapura (14.67 juta).

Selain itu New York di kedudukan ketujuh diikuti diikuti oleh Istanbul, Tokyo dan Antalya.

Manakala Makkah tersenarai di tangga ke-13 dengan jumlah pengunjung sebanyak 10 juta, diikuti Phuket dan Pattaya, masing-masing menerima pelancong sebanyak 9.89 juta dan 9.44 juta.

Pelbagai

Scroll to Top